Ramai yang fikir memancing merupakan satu aktiviti yang tidak berfaedah. Manakan tidak, alatan memancing sahaja boleh mencecah ratusan atau ribuan ringgit, manakala aktivitinya cuma duduk sahaja dan tunggu hingga ikan makan umpan.


Faedah:

MENGURANGKAN STRESS / TEKANAN KERJA


Hanya dengan memancing sahaja kita dapat menikmati keindahan alam semula jadi. Dapat tengok air pun hati dah sejuk, belum lagi cerita bila dapat tarik ikan. Perghh, indahnya dunia. Boleh lupa segala masalah di tempat kerja dan sebagainya.


TAMBAH KAWAN


Ya, memancing juga menjadi satu sumber untuk menambah kenalan selain melayari laman sosial di Internet. Dengan memancing, kita bukan saja boleh menambah kenalan tetapi juga boleh bertukar-tukar teknik memancing dan sewaktu dengannya.


FAEDAH KESIHATAN


Haa, ramai yang tak tahu aktiviti memancing ni pun baik untuk kesihatan. Dengan keluar memancing dan melakukan perkara aktif di luar boleh menggalakkan gaya hidup yang sihat sebenarnya. Jadi, rajin-rajin la keluar memancing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KELEBIHAN MEMANCING

MENGURANGKAN STRESS / TEKANAN KERJA Iyelah… hanya dengan memancing sahaja kita dapat menikmati keindahan alam semula jadi. Dapat tengok air ...