7 Tempat Memancing din MALAYSIA

 1.TASIK KENYIR, TERENGGANU





Tasik kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia. Lokasi ini merupakan kediaman kepada pelbagai spesis ikan air tawar dan kehidupan liar eksotik sehingga membuatkannya terkenal sebagai ‘port’ untuk kaki pancing. Jika anda minat memancing tetapi datang sehelai sepinggang, usah risau kerana peralatan untuk memancing, berenang, berkayak, berlayar dan merentas hutan ada disediakan di kebanyakan resort berdekatan tasik ini. 

2. TASIK TEMENGGOR, PERAK




Tasik buatan manusia terbesar di Perak ini merupakan lokasi sesuai untuk pencinta alam sekitar kerana dikelilingi keindahan flora dan fauna. Jika anda mahu memancing ikan air tawar seperti baung, tenggalan dan kelah, sinilah lokasi yang patut ditujukan sepanjang percutian nanti. Pulau Cendana adalah sebuah pulau yang terdapat di tasik ini.

3.TASIK BERA, PAHANG




Tasik semulajadi yang terbesar di Malaysia ini merupakan syurga buat kaki pancing. Tasik Bera menawarkan perkhidmatan bermain perahu, berkayak, memancing dan merentas hutan. Bulan-bulan hujan yang lembab dari April hingga Mei dan dari September hingga Januari menawarkan penggemar-penggemar memancing masa yang terbaik.

4.TASIK CHINI, PAHANG




Di antara bulan Ogos dan September, bunga teratai berwarna merah jambu dan putih akan memenuhi tasik ini sehingga membuatkan pemandangan yang cukup sempurna dan destinasi percutian pengembaraan yang menarik. Memandangkan ada sebanyak 144 spesis ikan air tawar yang ada didapati di tasik ini, ramai pelancong yang mahu memancing sambil menikmati keindahan flora yang jarang ditemui akan memilih tasik ini sebagai percutian yang tidak boleh dilupakan. Namun, tidak semua kawasan di sini anda boleh terus datang untuk memancing. Untuk info, boleh rujuk pegawai yang bertugas di sekitar kawasan itu terlebih dahulu.

5.TASIK BERIS, KEDAH




Tasik buatan yang terletak di utara Malaysia ini terhasil dari pembinaan empangan Beris pada bulan Ogos 2010. Persekitaran yang berbukit, pemandangan yang cantik dan udara yang segar membuatkan suasana tenang. Untuk mengelilingi di sekitar tasik, bot sewa ada disediakan untuk pengunjung. Tasik ini merupakan pilihan kaki pancing kerana terdapat beberapa kehidupan air tawar seperti lampam, baung dan tilapia.

6.KOLAM PANCING ABANG KING HULU LANGAT




Membawa pulang seberapa banyak ikan untuk dijadikan lauk seperti patin, baung, tilapia, pacu dan rohu adalah kemuncak kepada keseronokan apabila berpeluang memancing di Kolam Pancing Abang King.
Kebanyakan ikan air tawar di kolam itu, masing-masing seberat kurang dua kilogram sesuai dijadikan lauk untuk dua hingga tiga orang, sama ada untuk hidangan makan tengahari atau malam. Kadar bayaran masuk pada waktu siang dan malam adalah berbeza, tidak termasuk RM5 deposit untuk empat jam pertama.

7.KELONG GREENWAY




Bagi kaki pancing yang masih tercari-cari tempat memancing di Selangor untuk memancing, Kelong Greenway yang terletak berhampiran Pulau Ketam Klang Selangor ini boleh dipertimbangkan! Kelong tersebut sering menjadi tumpuan ramai.
Tempat memancing di Selangor ini akan dipenuhi kaki-kaki pancing pada hujung minggu. Untuk Kelong tersebut, kaki pancing boleh menaiki bot di jeti Pulau Ketam dengan bayaran sebanyak RM15 bagi perjalanan satu hala. Pengunjung boleh memilih sama ada pakej harian atau bermalam.  

Bagi yang ingin bermalam, kemudahan penginapan turut disediakan. Kelong itu boleh dikatakan selesa dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas. Selain bilik penginapan, kelong tersebut dilengkapi tempat memasak, ruang menonton televisyen, ruang solat dan tandas.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KELEBIHAN MEMANCING

MENGURANGKAN STRESS / TEKANAN KERJA Iyelah… hanya dengan memancing sahaja kita dapat menikmati keindahan alam semula jadi. Dapat tengok air ...