Mata Kail
Mata kail boleh didapati dalam pelbagai saiz dan bentuk. Ia perlu dipastikan tajam untuk lebih efektif. Pilih saiz mata kail yang sesuai dengan jenis ikan yang ingin ditangkap, dan jenis umpan yang digunakan.
Tali pancing
Tali pancing yang dijual dipasaran terdapat pelbagai jenis dan warna. Ia didapati dengan tertulis kekuatan tali dan saiznya. Lebih besar nombornya, maka lebih kuat dan tahan tali tersebut.
Jorab/Rod
Joran adalah batang pancing dan boleh didapati dalam pelbagai saiz dan jenis. Setiap jenis mempunyai kelebihan yang tersendiri. Pemilihan joran terletak pada kehendak individu. Anda boleh sahaja memancing dengan hanya menggunakan kayu dan tali atau joran dan kekili. Joran akan diulas dengan lebih lanjut pada batang joran itu.

Kekili (mesin)
Kekili adalah alat penggulung tali pancing. Kekili merupakan alat mekanikal yang diletakkan pada hujung joran anda. Ia menyimpan tali pancing mengikut kuantiti yang sesuai. Kekili membolehkan anda melempar umpan sejauh yang mungkin. Ia memudahkan anda mendapatkan umpan kembali, memancing di air yang dalam, dan menaikkan ikan yang besar.Lebih besar saiz lebih kuat kekili tersebut.Saiz diulas lebih lanjut pada mesin tersebut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan