Jenis-jenis Ikan Yang Diminati Kaki Pancing

 Ikan Haruan

Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Nama saintifik adalah Channa striatus


Ikan sebarau



Hampala macrolepidota merupakan spesies ikan air tawar yang cukup popular di Malaysia. Hampala macrolepidota merupakan nama latin bagi sebarau dan nama global lain termasuklah hampala barb


Ikan Peacock Bass


Walaupun dikenali dengan nama peacock bass, spesies ini sebenarnya bukan dari kumpulan ikan bass. Peacock bass atau ikan raja menurut panggilan sesetengah pemancing sekumpulan spesies ikan air tawar yang datang dari genus Cichla.Ia ikan yang sangat cepat membiak dan mencuri habitat ikan lain.Ikan merosakan ekosistem sesuatu tempat.


Ikan Keli

Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang TuaMambangGanchong dan Paloh HinaiPekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik ChiniPaya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting

Ikan Puyu


Ikan puyu adalah nama sejenis ikan yang umumnya hidup liar di perairan tawar.Ikan ini juga dikenal dengan beberapa nama lain seperti betok atau bethik (bahasa Jawa), atau pepuyu (bahasa Banjar).Nama umum puyu dikenali sebagai climbing gouramy atau climbing perch, merujuk kepada kemampuannya berjalan di daratan








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KELEBIHAN MEMANCING

MENGURANGKAN STRESS / TEKANAN KERJA Iyelah… hanya dengan memancing sahaja kita dapat menikmati keindahan alam semula jadi. Dapat tengok air ...